Sunday, October 10, 2010

Jual barang sampai lebam! - Recettear



Pemain akan memainkan watak Recette, seorang anak gadis yang terpaksa membayar hutang yang bertimbun kepada peminjam hutang tersebut. Bapa recette dikatakan kali terakhir dilihat berlawan dengan makhluk jahat yang kuat dan hilang di dungeon tersebut. Walau bagaimanapun, Tear, salah seorang pengutip hutang cuba membantu Recette melunaskan hutangnya dengan mengajar Recette membuka kedai dan di situlah bermulanya permainan Recettear.


Berkonsepkan RPG, permainan Easygamestation ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi dimana pemain akan menjual barang serta mengembara di dungeon untuk mencari ayah Recette. Pemain juga bebas untuk menjual barang, membeli barang di kedai stok, mengunjungi gereja, bar atau taman mahupun bermain di dungeon. Untuk memperoleh stok baru untuk dijual, pemain dikehendaki mencari 'treasure' ataupun peti harta karun untuk mendapatkan pelbagai treasure. Awas! Kebanyakan treasure di setiap map mengandungi pelbagai perangkap yang akan menyusahkan pengembaraan pemain. Pemain juga boleh tawar-menawar harga sekiranya ada orang ingin menjual barang kepada pemain. Biasanya Editor akan membeli barang yang ditawar dengan harga 40% dari harga asal. Selain itu, pemain juga dikehendaki mengumpul wang sebanyak yang boleh untuk membayar hutang, dan elakkan membazir duit kerana hutang akan bertambah berlipat ganda! Sebagai contoh, pada awal permainan pemain dikehendaki membayar sebanyak $10,000 pada 8 haribulan, dan sekiranya berjaya, pemain dikehendaki membayar $30,000 pada 16 haribulan!





Walaupun game nih sangat best, namun bagi editor, game ini boleh dikatakan down sedikit kerana game ini menggunakan beberapa lagu dan watak boss dari game-game Easygamestation yang lain. Sebagai contoh, bgm unutk forest dungeon adalah bgm forest area dari game Duo Princess, manakala bgm untuk dungeon terakhir pula diambil dan diubah sedikit dari bgm Seal Dungeon daripada game Chantelise. Begitu juga boss di forest dungeon diambil dari boss 5 dari game Chantelise, yang bernama Jonny Jijio (gambar bawah).


Jonny Jijio dari Chantelise


Jonny Jijio dari Recettear. Sebijik kan?


Walau bagaimanapun, game ini tetap mendapat sambutan yang tinggi di jepun. Jadi, bagaimana jika anda mencuba pula?

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.