Search Here

Monday, October 18, 2010

Berhibur besama kembar 3 yang gila! - Mitsudomoe



Mitsudomoe mengisahkan satu kelas pelajar tahun 6 di sebuah sekolah rendah yang mempunyai personaliti masing-masing. Setiap pelajar di dalam kelas tersebut mempunyai perangai gila masing-masing, seperti obses ngan 'ecchi', obses dengan benda-benda ghaib dan ada juga pentingkan populariti masing-masing. Namun begitu, 3 kembar tidak seiras di dalam kelas tersebut merupakan pelajar paling gila didalam tersebut, iaitu:

Mitsuga (kiri, rambut perang)
Merupakan kakak yang sulung didalam kembar ini. Memiliki sikap yang begitu angkuh, ego dan mementingkan populariti beliau. Bersikap 'Queen' dan ingin semua orang melutut kepada dia. Sungguhpun begitu, dia merupakan seorang kakak yang baik dan sentiasa prihatin dengan masalah adik-adiknya.

Futaga (kiri atas, rambut merah)
Si angah dalam kembar tersebut. Sangat obses dengan 'op***i'. Walaupun memiliki kekuatan yang luar biasa dan mahir dalam seni pertahankan diri, Futaga amat bodoh dan sering mencetuskan masalah di dalam kelas mahupun di rumah.

Hitoha(kiri bawah, rambut hitam)
Paling bongsu didalam kembar tersebut. Seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang lain. Hitoha sangat digeruni oleh semua orang kerana sering mengeluarkan 'aura menakutkan' dan dia amat menyayangi hamster dia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.