Search Here

Wednesday, February 9, 2011

Nak kahwin lelaki hodoh yang kaya atau lelaki kacak yang miskin?


Memeranjatkan, apabila soal-selidik tersebut ditanyakan kepada wanita-wanita jepun, majoriti mereka dengan 73% memilih untuk berkahwin dengan "lelaki hodoh yang kaya".

Kebanyakan mereka memberi alasan bahawa rupa kacak seseorang serta cinta sejati tidak mampu memberi kebahagiaan didalam perkahwinan. Inilah masalah yang sering melanda di mana-mana negara berhubung "kebahagiaan kerana kasih sayang" mahupun "kebahagiaan kerana harta benda". Berikut adalah beberapa pandangan mereka:

"Kamu tak boleh makan kalau dengan hanya bercinta."

"Lelaki yang kacak tetapi tiada duit adalah orang yang krang berusaha!"

"Nilai harta lebih bermakna daripada yang lain."

"Saya hodoh jadi saya boleh ambil apa sahaja yang saya nak!"

"Saya risau apa yang akan dikatakan orang jika lelaki kacak di sebelah saya"

"Dapatkan lelaki kaya dan anda boleh gunakan wang dia untuk apa sahaja sepanjang hari dia bekerja. Masalah selesai!"


Kepada kaum wanita semua, editor harap kamu semua fikir masak2 sebelum membuat sesuatu keputusan. Memang benar rupa tidak dapat membawa apa-apa, namun wang bukan segalanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.