Search Here

Monday, December 27, 2010

Tips membeli barangan figura anime



Hati-hati!! Barang-barang anak patung dan nendoroid anime yang dijual di Times Square sebenarnya hanya berkualiti biasa sahaja! Semua figura anime disini dijual dengan harga 3 kaliganda lagi mahal berbanding harga asal yang dijual di kedai hobi tingkat satu di Low Yat. Sebagai contoh, Nendoroid Shana daripada anime Shakugan No Shana dijual dengan harga RM140.90 di kedai permainan Times Square padahal di Kedai Hobi di Low Yat, ianya dijual dengan harga RM59 sahaja! Pada mulanya D terkejut juga tetapi setelah melihat betul-betul pada figura tersebut serta kualitinya (perwanaan mata, spesifikasi), jelas sekali ianya adalah nendoroid yang sama. Untuk membeli figura anime yang berkualiti tinggi, korang kena tau syarikat mana yang merupakan pengeluar figura naime yang berkualiti, sepeti Nendoroid Kagamine Rin yang dikeluarkan oleh Good Smile Company.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.