Search Here

Saturday, November 13, 2010

Bertani! Berniaga! Bersosial! - Harvest Moon Grand Bazaar




Pengeluar: Natsume Entertainment
Platform: NDS
Genre: RPG (mungkin?)
Tarikh keluar: English Ver. baru jer keluar, UK ver. belum keluar lagi

Konsep Permainan

Aper itu Harvest Moon? Harvest Moon adalah sejenis game bertani dimana pemain dikehendaki bertani sambil membina kehidupan. Konsep permainan seperti Farm Ville (Sebenarnye Farm Ville yang tiru konsep game nih!). Seperti havest moon yang lepas, pemain boleh bercucuk tanam, membela haiwan peliharaan mahupun haiwan ternakan, dan juga bersosial. Namun, apa yang bestnyer Harvest Moon keluaran yang ke-9 nih pemain boleh berniaga terus di bazaar pada setiap hari sabtu atau ahad! Tidak perlu lagi memasukkan hasil pertanian ke dalam 'shipping box'. Berikut ialah perubahan di Harvest Moon Grand Bazaar daripada siri-siri harvestmoon yang lepas:

'Pen tool' tidak lagi boleh digunakan untuk menggerakkan pemain dan hanya boleh membuka inventori sahaja.

Bilangan haiwan ternakan iaitu ayam dan lembu/kambing boleh diternak sehingga 20 ekor.

Pet boleh dibela sehingga 10 ekor.

Taufan, ribut salji serta hujan lebat tidak lagi mempengaruhi sistem tumbesaran tanaman serta pokok.

Pemain dan beberapa penduduk Zephr boleh melompat!

Pergerakan masa lebih lama.

Selain itu, siri harvest moon ini tidak akan dikunjungi penduduk daripada siri haverst moon 4 iaitu Friends Of Mineral Town, sebaliknya dikunjugi oleh penduduk siri harvest moon 8 iaitu Sunshine Island. Pemain bebas bertani, menangkap serangga, memancing ikan, memasak mahupun bersosial dengan penduduk Zephr Town.

Berkahwin
Seperti siri-siri Harvest Moon yang lepas, pemain juga boleh berkahwin dan mempunyai anak. Walau bagaimanapun, si suami atau si isteri tidak lagi akan memasak lunch untuk anda seperti Harvest Moon Sunshine Island, dan mereka juga tidak akan menolong bercucuk tanam serta akan kembali kepada keadaan mereka sebelum berkahwin. Sebagai contoh, Freya tetap akan bekerja di bandar, Amir tetap akan siggah ke Hotel dan Ivan tetap akan mengajar budak di bandar.
Walau bagaimanapun, mereka tetap akan menyediakan masakan jika hari tersebut adalah har istimewa (harijadi, ulang tahung perkahwinan).Pemain dikehendaki menaikkan 'heart' calon kahwin daripada black ke red, dan perlu melihat setiap black,purple,blue dan yellow heart event calo kahwin tersebut. Berhati-hati dengan rival anda, iaitu orang yang akan berkahwin dengan calon pilihan anda jika anda 'terlambat' untuk menggoda calon plihan tersebut. Seperti biasa, sebelum berkahwin, pemain dikehendaki memiliki Big Bed, telah melihat kesemua heart event, calon kahwin sudah berda ditahap red heart dan sangat rapat dengan keluarga mereka. Untuk berkahwin dengan Emiko dan Amir, pemain dikehendaki memberi hadiah kepada mereka melebihi 120 hadiah. Apabila kesemua syarat cukup, pemain boleh menggunakan 'blue feather' untuk meminang calon kahwin tersebut.

Berikut ialah calon-calon kahwin perempuan (jika anda bermain watak lelaki):

Antoinette


Anak kepada Claude,seorang businessman yang berjaya. Ibunya seorang pereka fashion yang terkenal dan tinggal dibandar. Seorang gadis yang pendiam dan ingin mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi pereka fashion terkenal. Rival: Dirk

Daisy


Seorang yang kelam kabut dan 'lembab'. Bekerja sebagai pengemas dan pembantu di Hotel. Sangat sukakan makanan yang manis dan seorang yang ceria. Rival: Angelo

Freya


Seorang yang serius dan sukakan ketenagan. Bekerja di bandar dan pulang lewat daripada bekerja. Rival: Ivan

Sherry


Anak kepada Mayor Felix. Sangat menyayangi dan menghormati ayahnya dan juga suka mengambil berat masalah penduduk-penduduk Zephr Town. Rival: Lylord

Emiko(Special)


Emiko adalah calon isteri yang istimewa. Gadis misteri yang tinggal di shrine yang berada di bawah air terjun dan pemain hanya boleh 'unlock' Emiko pada tahun kedua dimana pemain perlu berjalan daripada rumah pemain ke air terjun pada pukul 12am ke 2 am. Sekiranya pemain mengawini Emiko, majlis kahwin akan diadakan di shrine tersebut dan tiada penduduk Zephyr akan hadir (sebab x dijemput).
Selain kesemua syarat-syarat perkahwinan dipenuhi, pemain juga dikehendaki memberi hadiah kepada Emiko melebihi 120 hadiah.


Calon-calon kahwin lelaki (sekiranya pemain bermain watak perempuan)

Angelo


Seorang budak seni yang gemarkan ketenangan. Angelo suka melukis dan dia juga sedang mengukir tugu Mayor Felix! Rival: Daisy

Dirk


Adik kepada Ivan. Seorang remaja yang ceria dan bekerja sambilan di Zephr Cafe. Amt gemarkan kumbang. Rival: Antoinette

Ivan


Abang kepada Ivan. Seperti Freya, Ivan juga bekerja di bandar. Bekerja sebagai pengajar dan turut mengajar kembar perempuan di Zephr Town. Rival: Freya

Lloyd
Seorang pengembara yang kini menetap berhampiran air terjun di Zephr. Seorang yang serius dan selalu berkunjung ke rumah Mayor Felix. Rival: Sherry

Amir(special)


Seorang putera dari negara yang jauh. Amir akan muncul pada hari ke-4 pada musim winter dan dia akan menetap di Zephr Hotel setiap musim Spring, Summer dan Winter. Setial Fall 1 dia akan balik ke negara dia semula untuk menyambut harijadi bapanya.
Sekiranya anda berkahwin dengan Amir, dia akan menetap di Zephr sepanjang tahun. Seperti Emiko, pemain perlu memberi lebih 120 hadiah kepada Amir sebelum dia menerima pinangan pemain.

2 comments:

  1. uih,platform apa game nih? ps3 ker? aku layan gak HM dlu2,zaman ps.haha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.