Search Here

Thursday, September 23, 2010

Jom main Chantelise



Chantelise merupakan sejenis doujin game bergenre action-rpg keluaran Easygamestation. Berkisahkan jalan cerita dimana Chante, kakak kepada Elise keluar merayau pada waktu malam dibulan merah mengambang penuh dan tidk mengendahkan larangan mak mereka. Risau melihat Chante tidak pulang, Elise keluar mencari kakaknya dan terkejut apabila mendapati kakanya telah bertukar menjadi seorang pari-pari yang comel. Untuk memulihkan Chante, mereka dikehendaki mencari seorang ahli sihir. Dapatkah mereka mengubati Chante supaya menjadi manusia semula?

Dengan gabungan 2D dan 3D, Pemain akan mengawal Elise untuk bergerak dan menyerang manakala Chante akan menghasilkan magic serta menangkap ikan ketika memancing. Watak Elise akan diganti oleh Elma,seorang ahli sihir yang akan menjelma menjadi Elise untuk mencari sejenis bunga untuk mengubati Elise selepas mengalahkan boss kedua. Terdapat 8 dungeon dan 1 bandar di dalam Chantelise dan pemain dikehendaki menghabiskan satu-persatu dungeon untuk membuka peta baru, serta dikehendaki mencari 'treasure' di setiap stage di setiap dungeon tersebut untuk unlock stage rahsia. Selain daripada aksi, game ini juga memerlukan pemikiran dan strategy untuk mengalahkan sesetengah boss dan juga mencari 'treasure' untuk mendapat accessory yang tersembunyi. Selain berjuang didalam dungeon, pemain juga boleh bermain minigame dengan memancing. Untuk mengelakkan anda bosan apabila sudah menamatkan game ini, Easygamestation telah menyediakan Survival Dungeon, dimana ia merupakan sejenis dungeon yang mencabar keupayaan pemain dengan memiliki 60 stage!









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.