Search Here

Tuesday, May 4, 2010

Keluhan wanita jepun


Ramai yang tau apa itu maksud 'Otaku', iaitu seorang individu yang gemarkan anime, manga atau japanese game dan slalu bergayut ngan benda nih. Tetapi yang paling menakutkan ialah 'Crazy Otaku' iaitu seseorang individu terlalu taksub dengan anime hingga ingin hidup di dalam dunia anime tersebut dan tidak pedulikan dunia luar. Ramai lelaki jepun termasuklah yang sudah bergelar teman lelaki mencintai watak shoujo (perempuan) anime yang diminati mereka melebihi cinta mereka terhadap teman wanita mereka sendiri. Komen dan keluhan dari wanita jepun mengatakan bahawa adalah sesuatu yang bodoh mencintai watak kartun 2D kerana ia seolah2 tidak adil kepada mereka yang hidup di dunia nyata serta menolak realiti kehidupan yang sebenar. Walaupun begitu, penulis percaya bahawa ada sebab mengapa sesetengah individu itu menjadi 'crazy otaku', seperti pengalaman pahit sepanjang hidup, kegagalan bercinta dlm kehidupan dan juga kurang mendapat perhatian dari pelbagai pihak (seperti ibu dan ayah, teman-teman, cikgu dan lain2). Namun begitu, mereka tidak sepatutnya berputus asa di dunia nyata ini kerana nasib sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa, cuma kita tidak tahu bila ia akan menjelma. Jadi, janga terlalu taksub terhadap mana-mana minat dan hobi anda melain ianya benda yang membawa kepada kebaikan tidak kira kepada dunia mahupun akhirat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.