Search Here

Friday, April 9, 2010

Evolusi musik jepun - Vocaloid



Vocaloid adalah sebuah software yang dicipta oleh Yamaha Corporation untuk mencipta atau mengubah suara atau lebih dikenali sebagai sound synthesizer untuk mencipta lagu mahupun suara. Untuk mempromosikan software ini, Yamaha telah memperkenalkan beberapa suara elektronik/komputer dan mencipta lagu menggunakan suara elektronik ini yang juga lebih dikenali sebagai artis virtual(artis maya). Antara artis yang paling popular ialah Hatsune Miku, Shion Kaito dan Megurine Luka. Berikut adalah senarai artis virtual vocaloid yang editor tahu setakat ini:

Second Generation

Hatsune Miku
Hatsune Miku yang bermaksud 'artis masa hadapan' merupakan artis generasi kedua selepas generasi pertama dan merupakan Version 01. Dianggarkan berusia 16 tahun dan menggemari batang bawang. Lagu yang dinyanyikan adalah lagu bersiri j-pop dan romance. Antara lagu popular beliau ialah Mobius, Joker dan Ievan Polkka.


Kagamine Rin
Merupakan Version 02. Dianggarkan berusia 14 tahun. Memiliki kembar yang bernama Kagamine Len dan menggemari oren. Genre lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah bergenre electro pop, pop rock, j-pop dan romance. Antara lagu popular beliau ialah Kokoro(Heart), Meltdown dan Why Dont You Call Me Yet.


Kagamine Len
Kembar kepada Kagamine Rin. Version 02 dan sering berduet dengan Rin. Antara genre lagu yang dinyanyikan oleh Len ialah bergenre pop-rock dan j-pop. Lagu popular beliau ialah Servant Of Evil dan Kokoro kiseki (Miracle Heart) nyanyian duet dengan Rin.


Megurine Luka
Version 03. Dianggarkan berusia 20 tahun dan menggemari tuna. Memliki suara yang lunak tapi sedikit berserak. Tidak diketahui genre lagu beliau kerana editor kurang minat dan lagu paling popular Ripper dan Alone.


First Generation



Shion Kaito
Shion Kaito merupakan First Generation Vocaloid dan dianggarkan seorang lelaki berusia 20-an. Mempunyai suara yang agak lunak seperti penyanyi 90an dan bergenre j-pop dan romance. Antara lagu popular beliau ialah Old Radio, Kagirohi dan Acute nyanyian duet bersama Miku.


Sakerune Meiko
Juga merupakan First Generation Vocaloid. Dianggarkan seorang perempuan berusia 20-an dan menggemari sake. Setakat ini editor belum cuba lagi untuk mendengar lagu beliau tetapi suara Meiko memang suara mature yang merdu!

Vocaloid lain


Kamui Gakupo
Usia tidak diketahui. Berkostume ala-ala samurai dan memiliki suara yang lelaki yang 'lembut'. Editor juga belum mendengar lagu dari artis vitual ini.


Megpoid Gumi
Juga dikenali sebagai Nakajima Megumi. Usia tidak diketahui dan makanan kesukaan ialah carrot(lobak merah). Mempunyai suara yang agak merdu dan lunak walaupun sedikit berserak dan menjadi kesukaan editor selain Kagamine Rin. Genre lagu tidak diketahui dan antara lagu popular beliau ialah Blue Bird, Be Myself dan Gumi Miracle.


Lain-lain:


English Series
Terdapat juga Vocaloid untuk versi bahasa English. Antaranya ialah Leon, Lola dan Miriam.

Versi lain
Versi lain disini bermaksud generasi lain selain dari Vocaloid. Antaranya ialah Utauloid yang mempunyai artis virtual bernama Kasane Teto, Boukaloid yang mempunyai artis virtual bernama Akita Neru, dan Voyakiloid yang memiliki artis virtual bernama Yowane Haku.


Jangan terkejut, terdapat konsert artis-artis virtual ini yang berlangsung secara live di Jepun dimana imej virtual penyanyi virtual ini dihasilkan menggunakan kesan hologram. Nama konsert tersebut ialah 39Day Hatsune Miku yang memaparkan virtual Hatsune Miku serta artis-artis Vocaloid yang lain seperti Kagamine Twin dan juga Luka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.