Search Here

Wednesday, December 16, 2009

To Aru Majutsu No Index


To Aru Majutsu Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang mempunyai kuasa Spell Canceller di tangan kananya terjumpa seorang budak sister (paderi perempuan) di rumahnya dimana budak prempuan tersebut mempunyai kitab-kitab terlarang di fikirannya. Disebabkan kitab tersebut merbahaya, Index, budak sister yang kurang mahir dalam penggunaan sihir sentiasa menjadi sasaran musuh dan Touma, remaja Esper (sila rujuk dibawah) bertahap kosong sentiasa melindunginya dari sebarang anasir jahat.

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah bandar yang mempunyai beberapa Esper iaitu penduduk yang berupaya atau berbakat mengunakan sihir atau kuasa luarbiasa. Cerita ini mempunyai kualiti bunyi dan warna yang tinggi namun disebabkan jalan ceritanya kelam-kabut dan plotnya yang kucar-kacir menjadikan anime ini kurang difahami. Oleh kerana cerita ini mempunyai beberapa hal mengenai sister, anime ini tidak sesuai untuk budak dan remaja yang masih mentah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.